Harian Metro
Tiga premis yang dipercayai dijadikan pusat panggilan perjudian dalam talian dan penipuan pelaburan di sekitar Kota Setar diserbu dalam serbuan di tiga lokasi berasingan menerusi Op Dadu, semalam.
Dalam serbuan itu, polis menahan 19 individu berusia antara 20 hingga 68 tahun termasuk tujuh warga China dipercayai terbabit aktiviti perjudian dalam talian dan penipuan pelaburan wang krypto (bitcoin).
Source: Harian Metro YouTube