Translate

23 June 2021

Nazri Aziz akui kumpul SD sokong Hisham, hilang kepercayaan terhadap Zahid (Video)

 Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui beliau merupakan 'mastermind' mengumpulkan tandatangan surat akuan bersumpah (SD)

Nazri Aziz akui kumpul SD sokong Hisham, hilang kepercayaan terhadap Zahid

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui beliau merupakan perancang utama dalam mengumpul akuan bersumpah (SD) di kalangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam laporan eksklusif Sinar Harian hari ini, bekas Menteri Pelancongan itu berkata, ia bagaimanapun bukan untuk menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Sebaliknya, tegas Mohamed Nazri, ia adalah bagi memberi mandat kepada Menteri Luar itu untuk menjadi jurucakap kepada kesemua 25 wakil rakyat BN sekiranya dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.

"Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu, setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu.

"Yang tandatangan SD ini melibatkan 25 Ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang.

"Tujuannya, disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin (21 Jun), media memetik Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai berkata, ada usaha mengumpulkan SD, yang beliau dakwa sebagai cubaan pihak tertentu mengambil alih kerajaan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pontian itu mendakwa, beliau dan ‘rakan-rakan’ lain tidak didekati, atau diminta menandatangani apa apa pengakuan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED