Translate

23 June 2021

Lelaki beri bayi minum arak direman lima hari (Video)

lelaki yang memberikan minuman keras kepada bayinya direman lima hari

Lelaki beri bayi minum arak direman lima hari

Astro Awani

BALIK PULAU: Lelaki yang memberikan minuman keras kepada bayinya berusia lima bulan di rumahnya di Teluk Bahang direman selama lima hari bermula hari ini hingga 27 Jun.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau sekitar jam 9 pagi tadi.

Terdahulu pemuda berusia 19 tahun yang memakai baju berwarna hitam dan berseluar jean itu dibawa ke mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari kira-kira jam 8.30 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pada Selasa, polis menahan bapa bayi berkenaan selepas video dia memberi minuman tin dipercayai minuman keras kepada bayi tular di media sosial.

Ia susulan laporan polis dibuat Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel selepas melihat rakaman video seorang lelaki memberi minuman tin dipercayai arak kepada seorang bayi.

Rakaman berkenaan tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang sedang memangku bayi dan memberinya minuman keras itu dari tin yang tertera jenama arak tersebut.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-beri-bayi-minum-arak-direman-lima-hari-304622


FOR MORE NEWSGO TO:
Video Viral- Seorang Lelaki Memberi Minuman Keras Dalam Tin - Guiness Kepada Seorang Bayi

Lelaki Yang Beri Bayi Minuman Keras Ditahan Polis

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED