Translate

09 June 2021

Menghadap Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan Kerajaan Baharu Tidak Dibangkitkan - Anwar Ibrahim (3 Videos)

 Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim


Menghadap Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan - Anwar Ibrahim

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Isu pembentukan kerajaan baharu tidak dibangkitkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah di Istana Negara hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu selepas sejam menghadap Seri Paduka Baginda.

“Itu (pembentukan kerajaan baharu) soal yang tidak berbangkit sekarang,” katanya kepada pemberita di perkarangan pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Terdahulu, Anwar tiba di Istana Negara pada pukul 10.37 pagi menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, selama sejam pertemuan dengan Seri Paduka Baginda, beliau turut mengemukakan pandangan berhubung penamatan Proklamasi Darurat.

Dakwa Anwar, penerusan pelaksanaan Proklamasi Darurat tidak membantu mengurangkan jangkitan COVID-19, selain hanya membebankan rakyat khususnya golongan bawahan.

Selain itu, Anwar berkata laporan dan dokumen sokongan turut dikemukakan kepada Al-Sultan Abdullah bagi pertimbangan baginda.

“Kita tengok semua langkah yang perlu dilakukan tidak memerlukan darurat.

“Kita merayu kepada Tuanku supaya menghalang penerusan ini sedaya upaya walaupun Tuanku tepat mengatakan jatuh kepada semangat Raja Berperlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.

Selain itu, turut dibangkitkan adalah mengenai pembukaan semula Parlimen dan keyakinan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.

Tambah Anwar, Al-Sultan Abdullah berlapang dada mendengar semua pandangan tersebut.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/menghadap-yang-dipertuan-agong-pembentukan-kerajaan-baharu-tidak-dibangkitkan-anwar-ibrahim-302317


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kepada Semua Tolong Doakan Supaya Kebenaran Dan Ke' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '"Ini penyakit marah, bukan fakta e' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 48 mins ago
A visitor from San jose viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Ashburn viewed '15 warga Bangladesh cuba bolos sebagai pemain krik' 1 hr 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed '22,351 calon dapat 9A | BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from Selangor viewed 'High Court Orders Wife Of Jakel Group’s Mohamad Ni' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL jamin tidak roboh Kuil Pathrakaliamman | BEST' 1 hr 44 mins ago