Translate

12 June 2021

Kebenaran perniagaan beroperasi berdasarkan arahan MKN - DBKL

(DBKL) hari ini menafikan mengamalkan dasar pilih kasih dalam membenarkan aktiviti perniagaan di ibu kota

Kebenaran perniagaan beroperasi berdasarkan arahan MKN - DBKL

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Jun -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan mengamalkan dasar pilih kasih dalam membenarkan aktiviti perniagaan di ibu kota sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebarang kebenaran untuk perniagaan beroperasi tertakluk kepada keputusan dan arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi ialah pasar borong, pusat penjaja, pasar berbangunan/berbumbung, gerai tepi jalan, bazaria, kios/gerai berkunci, trak makanan, penjaja beredar, permit sementara, lesen waktu terhad dan lesen sementara KL Prihatin.

“Pasar pagi terbuka adalah sama seperti pasar malam/pasar tani yang tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk beroperasi," menurut kenyataan itu, hari ini.

DBKL berkata setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Sehingga kini pihak DBKL telah membuat pemantauan di lokasi tersebut dan sejumlah 22 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Pada 9 Jun lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa wujud layanan dua darjat oleh DBKL dalam membenarkan pasar-pasar beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh selepas menerima aduan penjaja pasar pagi terbuka yang diarahkan untuk menghentikan operasi dalam tempoh tersebut.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'Ringgit rendah berbanding dolar AS, mengukuh denga' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Merdeka 118 jadi lokasi penggambaran filem Hollywo' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kela' 43 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 54 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'ASEAN digesa tingkat pelaburan modal sektor swasta' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mungkin anda terkena serang' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 1 hr 8 mins ago