Translate

09 June 2021

Draft 6 pegawai, kakitangan sebuah bank ditahan, rasuah pinjaman peribadi


6 pegawai dan kakitangan sebuah bank ditahan SPRM disyaki terima suapan daripada pemohon pinjamin peribadi melibatkan 110 transaksi berjumlah RM18 juta. Suspek dipercayai minta suapan 15-35% untuk luluskan pinjaman.

xxx


SPRM tahan enam kakitangan bank minta, terima rasuah lulus 110 pinjaman peribadi
Bernama
Jun 8, 2021 

Kesemua suspek lelaki berusia 36 hingga 45 tahun yang bertugas di beberapa cawangan bank itu sekitar Lembah Klang, ditahan 4.45 petang tadi. - Gambar hiasan

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam kakitangan sebuah bank, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon-pemohon pinjaman peribadi, melibatkan 110 transaksi berjumlah kira-kira RM18 juta antara 2018 hingga 2020, petang tadi.

Kesemua suspek lelaki berusia 36 hingga 45 tahun yang bertugas di beberapa cawangan bank itu sekitar Lembah Klang, ditahan 4.45 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor, dekat sini.


Menurut sumber, kesemua suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi, bernilai lebih kurang RM18 juta.


"Wang rasuah tersebut ialah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan dari pemohon-pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman," menurut sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terhadap keenam-enam individu berkenaan.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman.
-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED