Translate

24 June 2021

Covid-19 Malaysia | New Deaths - 84 | New Cases - 5,841 | Recovered- 5,411 | Active Cases- 61,162 | 24 June 2021


 

Kenyataan Akhbar KPK 24 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

24 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 24 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,411 kes (650,964 kes kumulatif, 90.8%);
  • Kes baharu : 5,841 kes (716,847 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (1 warganegara, 7 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,833 kes [4,683 warganegara (80.3%); 1,150 bukan warganegara (19.7%)];
  • Kes aktif : 61,162 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 869 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 438 kes;
  • Kes kematian : 84 kes (4,721 kes kumulatif, 0.66%; 73 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,720 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 30 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,853 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 867 kluster.

Sebanyak 84 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 32 kes di Selangor, masing-masing 10 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, lapan (8) kes di Kelantan, tujuh (7) kes diJohor, enam (6) kes di Kedah, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan,  masing-masing dua (2) kes di Melaka, Perak, dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Terengganu.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

POLISI TEMPOH KUARANTIN WAJIB BAGI PENGEMBARA DARI LUAR NEGARA

KKM sentiasa mengambil maklum berkenaan perkembangan situasi semasa jangkitan COVID-19 dalam dan luar negara. Ketika ini, lebih daripada 50 peratus negara telah melaporkan penularan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 dalam komuniti. Bagi mengurangkan risiko kemasukan kes varian import, Kerajaan telah memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) Pelanjutan Tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (kuarantin) ke atas Pengembara yang tiba di Malaysia seperti ketetapan berikut;

  • Semua pengembara perlu menjalani ujian PCR COVID-19 tiga (3) hari sebelum tarikh berlepas dan semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa Negara (PMA);
  • Tempoh kuarantin wajib ke atas pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang diberi kebenaran masuk ke Malaysia dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, dan Pakistan dilanjutkan kepada 21 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan;
  • Pengembara dari lain-lain negara, dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang diwartakan oleh Kerajaan. Namun begitu, tempoh kuarantin 14 hari ini akan dilanjutkan selama tujuh (7) hari lagi (menjadikan jumlah kuarantin keseluruhan 21 hari), sekiranya terdapat keperluan berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan kepada pengembara tersebut pada hari ke-14. Kuarantin tambahan ini akan dilaksanakan di pusat kuarantin yang sama;
  • Ujian ulangan PCR COVID-19 akan dilakukan pada hari ke-10, sekiranya pengembara menjalani kuarantin bagi tempoh 14 hari. Sekiranya keputusan ujian ulangan tersebut didapati negatif, pelepasan akan diberikan pada hari ke-14. Manakala, bagi pengembara yang menjalani tempoh kuarantin bagi tempoh 21 hari, ujian ulangan PCR COVID-19 perlu dilakukan pada hari ke-18 dan jika didapati negatif, pelepasan akan diberikan pada hari ke-21; dan
  • Mematuhi lain-lain ketetapan sedia ada yang perlu dilakukan oleh pengembara yang baru tiba ke Malaysia.

KKM ingin menegaskan bahawa penentuan tempoh kurantin wajib ini adalah berdasarkan kepada penilaian risiko yang dijalankan dari semasa ke semasa. Adalah diingatkan bahawa pelanjutan tempoh pengawasan ini adalah sangat penting bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dari luar negara tidak berlaku terutamanya yang melibatkan VOC dan Variant of Interest (VOI), di mana ia didapati lebih cepat merebak serta menyebabkan risiko kematian yang lebih tinggi. Malahan ini juga merupakan amalan ini turut dijalankan oleh kebanyakan negara lain.

Sememangnya pelbagai rayuan telah diterima oleh Jawatankuasa Home Surveillance Order (HSO) di CPRC Kebangsaan di mana rayuan ini rata-ratanya berkaitan dengan permohonan pengecualian dan pemendekan tempoh kuarantin oleh pengembara yang pulang dari luar negara atas sebab-sebab tertentu. KKM memahami pelbagai situasi peribadi yang mereka hadapi, namun pada masa yang sama KKM perlu kekal serius dalam pelaksanaan polisi kuarantin ini bagi memastikan risiko jangkitan COVID-19 dari luar negara dapat diminimakan. KKM juga ingin memaklumkan bahawa sebarang permohonan dan rayuan perlu melalui proses penilaian yang sangat ketat.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa, di antara 20 Jun 2021 dan 22 Jun 2021, sebanyak enam (6) kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan di mana kesemuanya adalah VOC iaitu;

  • Lima (5) kes varian Beta (B.1.351); dan
  • Satu (1) kes varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 189 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 173 kes adalah VOC manakala 16 kes adalah VOI.

Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di Lampiran 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,072 (2)235,120
WP KUALA LUMPUR552 (6)73,196
JOHOR34669,174
SABAH20368,232
SARAWAK58162,147
NEGERI SEMBILAN78141,007
KELANTAN13534,086
PULAU PINANG10833,593
PERAK12025,469
KEDAH27124,064
MELAKA24716,799
PAHANG16212,618
TERENGGANU2911,046
WP LABUAN2127,507
WP PUTRAJAYA172,209
PERLIS5580
JUMLAH KESELURUHAN 5,841 (8)716,847

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 84 kes kematian pada 24 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
4638KelantanLelaki (WN)50Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
4639KelantanLelaki (WN)75Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuDarah tinggi, dislipidemia, dan strok
4640KedahPerempuan (WN)60Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
4641KelantanLelaki (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan hati
4642KelantanPerempuan (WN)66Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, strok, dan jantung
4643JohorPerempuan (WN)83Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
4644KedahLelaki (WN)74Hospital KulimDarah tinggi dan dislipidemia
4645SelangorLelaki (WN)61Hospital PutrajayaDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4646SelangorLelaki (WN)51Hospital Serdang
4647Negeri SembilanPerempuan (WN)88Hospital JempolDarah tinggi dan jantung
4648SabahLelaki (WN)24Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
4649Negeri SembilanLelaki (WN)80Hospital JelebuKencing manis, darah tinggi, dan strok
4650SelangorPerempuan (WN)72Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
4651SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4652Negeri SembilanLelaki (BWN)38Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi
4653KelantanLelaki (WN)69Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan strok
4654PerakPerempuan (WN)66Hospital Teluk IntanDarah tinggi
4655SelangorLelaki (WN)75Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, buah pinggang, dan hati
4656SelangorLelaki (WN)29Hospital SelayangObesiti
4657WP Kuala LumpurPerempuan (WN)58Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4658WP Kuala LumpurLelaki (WN)60Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, strok, dan jantung
4659SelangorPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohDarah tinggi
4660JohorLelaki (WN)47Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis
4661MelakaLelaki (WN)39Hospital Melaka
4662SelangorLelaki (WN)76Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan buah pinggang
4663Negeri SembilanPerempuan (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital Jempol
4664SelangorPerempuan (WN)62Hospital Sungai BulohKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4665SelangorPerempuan (WN)72Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis dan darah tinggi
4666PahangLelaki (WN)74Hospital JempolKencing manis dan darah tinggi
4667WP LabuanLelaki (WN)48Hospital Labuan
4668JohorLelaki (WN)65Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
4669Negeri SembilanPerempuan (WN)77Hospital Jelebu
4670SelangorPerempuan (WN)68Hospital Shah AlamDarah tinggi dan dislipidemia
4671SelangorLelaki (WN)69Hospital AmpangDarah tinggi
4672Negeri SembilanLelaki (WN)69Hospital JempolDislipidemia
4673KelantanPerempuan (WN)90Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
4674SelangorPerempuan (WN)71Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4675KelantanLelaki (WN)88Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuKencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
4676KedahPerempuan (WN)66Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang
4677TerengganuPerempuan (WN)77Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuDarah tinggi
4678SelangorLelaki (WN)36Hospital SerdangEpilepsi
4679SelangorLelaki (WN)71Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4680Negeri SembilanPerempuan (WN)63Hospital TampinDarah tinggi
4681KelantanPerempuan (WN)84Hospital TumpatKencing manis dan darah tinggi
4682KedahLelaki (WN)55Hospital Kulim
4683WP LabuanLelaki (WN)66Hospital LabuanDarah tinggi
4684SelangorPerempuan (WN)43Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
4685SelangorPerempuan (WN)48Hospital SerdangDarah tinggi, dislipidemia, dan asma
4686PerakLelaki (WN)8Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohAsma
4687KedahPerempuan (WN)63Hospital KulimKencing manis dan darah tinggi
4688SelangorPerempuan (WN)75Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4689JohorLelaki (WN)59Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi
4690SelangorLelaki (WN)16Hospital Sungai BulohMELAS Syndrome
4691MelakaPerempuan (WN)90Hospital Melaka
4692PahangLelaki (WN)58Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
4693SelangorLelaki (WN)32Hospital Kuala LumpurObesiti
4694SelangorLelaki (WN)52Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang
4695WP Kuala LumpurPerempuan (WN)71Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
4696SelangorPerempuan (WN)67Hospital SerdangAsma
4697SelangorPerempuan (WN)78Hospital SerdangDarah tinggi, dislipidemia, dan kanser
4698SelangorPerempuan (WN)78Pusat Perubatan Subang JayaKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan jantung
4699SelangorLelaki (WN)60Hospital Kuala LumpurDarah tinggi
4700SelangorPerempuan (WN)58Hospital Kuala Lumpur
4701SelangorLelaki (WN)45Hospital Kuala LumpurKencing manis
4702SelangorPerempuan (WN)33Hospital SerdangDarah tinggi dan tiroid
4703WP Kuala LumpurLelaki (WN)67Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan paru-paru
4704WP Kuala LumpurLelaki (WN)54Hospital AmpangKanser
4705JohorLelaki (WN)66Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru
4706JohorLelaki (WN)66Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4707JohorLelaki (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi dan jantung
4708Negeri SembilanPerempuan (WN)30Hospital Tuanku Jaafar, SerembanObesiti
4709Negeri SembilanPerempuan (WN)85Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan dislipidemia
4710KedahLelaki (WN)65Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis, darah tinggi, dan kanser
4711WP LabuanLelaki (WN)72Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
4712SelangorPerempuan (BWN)38Hospital SerdangObesiti
4713SelangorLelaki (BWN)40Hospital Sungai BulohKencing manis
4714SelangorLelaki (BWN)47Hospital SerdangAsma
4715WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)39Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur
4716SelangorLelaki (BWN)55Jenazah dibawa ke Hospital KajangKencing manis
4717WP Kuala LumpurLelaki (BWN)61Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
4718WP Kuala LumpurLelaki (BWN)51Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras
4719WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)65Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurStrok
4720WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)69Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
4721Negeri SembilanLelaki (BWN)29Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,841 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 24 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,0722371,1072726
NEGERI SEMBILAN781270348163
SARAWAK58115035180
WP KUALA LUMPUR5521072376202
JOHOR34613816147
KEDAH27111810845
MELAKA2471446835
WP LABUAN2122711273
SABAH2036811223
PAHANG 1621004913
KELANTAN135506619
PERAK12090228
PULAU PINANG108602622
TERENGGANU2910154
WP PUTRAJAYA17143
PERLIS541
JUMLAH KESELURUHAN5,8411,5692,80081,464

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 24 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Tapak Bina Persiaran AspirasiTempat KerjaSelangorSepang1623
2Sungai LinauTempat KerjaSelangorSepang12228
3Jalan Langat Utama SatuTempat KerjaSelangorKuala Langat1212
4Industri Jalan Kilang BestariTempat KerjaSelangorKuala Selangor22102
5Industri Jalan Seruling 57Tempat KerjaSelangorKlang101319
6Industri Rawang Perdana SatuTempat KerjaSelangorGombak, Hulu Selangor, Klang, dan Petaling28157
7Industri Mahkota BeranangTempat KerjaSelangorHulu Langat36327
8Industri Jalan UdangTempat KerjaSelangorKlang22144
9Jalan Haruan TujuhTempat KerjaNegeri SembilanSeremban, Port Dickson, dan Rembau81683
10Perusahaan PantaiTempat KerjaNegeri SembilanSeremban, Jelebu, Kuala Pilah, dan Rembau74114
11Permata Satu 2Tempat KerjaNegeri SembilanSeremban36542
12Jalan Sungai AntuTempat KerjaSarawakSibu dan Meradong2435
13Industri Murni LapanTempat KerjaJohorKulai dan Johor Bahru31214
14Jalan Keluli IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru21177
15Dah Industri Sungai GetahTempat KerjaKedahKuala Muda1663
16Dah 3/5 Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda22173
17Paris TigaTempat KerjaSabahKinabatangan2988
18Taman Tun Dr IsmailTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong2292
19Pulai Jaya SembilanTempat KerjaPerakKinta635
20Sentral TriangTempat KerjaPahangBera18137
21Jalan KuburKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai5379
22Pantai RiaKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai98314
23Taman Bukit AngkasaKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai101311
24Kampung Kajang SebidangKomunitiKelantanTumpat3035
25Taman Kurnia JayaKomunitiKelantanKota Bharu2863
26Dah 30 RelongKomunitiKedahPendang2162
27Brumas CampKomunitiSabahKalabakan2075
28Jalan Senai Jaya SatuKomunitiJohorKulai1651
29Sungai SeparaiKomunitiSarawakTatau3389
30Jalan CoxKumpulan Berisiko TinggiSelangorKlang1540

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED