Translate

11 June 2021

Ahmad Zahid Hamidi Menghadap YDP Agong pada 9.55 pagi . (Video)

Kereta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid tiba di Istana Negara, sempat melambai ke arah media

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat memasuki perkarangan Istana Negara melalui pintu dua, kira-kira jam 9.55 pagi tadi.

Ahmad Zahid sempat membuka tingkap kenderaannya dan melambai kepada media yang telah menanti di luar pintu dua seawal 8 pagi tadi.

Memasuki hari ketiga siri pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong dengan ketua-ketua parti politik, selain Ahmad Zahid, turut diperkenan masuk ialah Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Mengikut laporan awal media, Vigneswaran dijadual masuk mengadap pada pukul 11.30 pagi, manakala Ongkili pada 3.30 petang.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong telah bertemu dengan empat ketua parti politik - Tun Dr Mahathir Mohamad (Parti Pejuang Tanah Air), Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Parti Warisan Sabah).

Pada hari pertama sesi pertemuan pada Rabu, ia dimulakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP), dan Mohamad Sabu (Parti Amanah Negara).

Bagaimanapun pertemuan antara Perdana Menteri dengan YDP Agong setiap hari Rabu di Istana Negara merupakan rutin sebelum mesyuarat pra-kabinet di Putrajaya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lebih 2.75 Juta Warga Singapura Memilih Hari Ini |' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 2 hrs 30 mins ago