Ringkasan Kes Kematian Baharu |
Astro Awani
KUALA LUMPUR: Sejumlah 84 kematian dilaporkan pada Khamis menjadikan jumlah kes kematian kini adalah 3,768.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 19 kes di Selangor, 12 kes di Sarawak, lapan kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tujuh kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan kes di Negeri Sembilan, masing-masing enam kes di Pahang dan Sabah, tiga kes di Terengganu, dua kes di Melaka, serta masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Perlis, dan Kedah.
Berikut lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham pada Jumaat:
1. Sebanyak 6,849 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dengan 2,558 kes di Selangor.
2. Kes sembuh hari ini adalah tertinggi dicatat sebanyak 7,749 kes, dengan kumulatif kes sembuh adalah 563,779 kes.
3. Kes aktif ketika ini adalah 78,864 dengan 912 pesakit dirawat di ICU sementara 458 orang pula memerlukan bantuan alat pernafasan.
4. 16 kluster baharu dikenal pasti dengan jumlah kluster yang telah tamat adalah 1,683 dan jumlah kluster aktif sebanyak 755.
5. Hasil kajian KKM melibatkan 1,004 pesakit mendapati sebanyak 66 peratus daripada pesakit COVID-19 dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan mengalami sindrom Post COVID.
FOR MORE NEWS GO TO: