Translate

20 June 2021

12 Pelacur Asing Di tangkap oleh Polis KL

 


MKL Crimedesk
157K subscribers

[ JENAYAH MINGGU INI ] Upah ulat jaga kawasan sekeliling hingga 3 ringgit sebulan. Taktik kotor sindiket pelacuran cap ayam tumpas apabila markas mereka yang berpusat di sebuah hotel bajet dekat ibu negara terbongkar. Dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat D7 IPK Kuala Lumpur semalam me berkas 24 individu yang terlibat dalam sindiket berkenaan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Nasri Mansor yang mengetuai operasi itu berkata 12 pelacur melibatkan 10 wanita warga Vietnam dan 2 China ditangkap. Sebelum premis digempur... 6 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Vietnam yang bertindak sebagai penjaga air ditangkap. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat beberapa bilik sempit dan dalam keadaan kotor disyaki menjadi tempat pelepas nafsu. Turut dirampas 30 keping kondom. Polis turut menahan 5 lelaki yang juga pelanggan terdiri daripada 3 warga tempatan dan 2 warga Nepal serta Vietnam. Siasatan mendapati kadar bayaran seks hanya 50 hingga 100 ringgit. Kesemua mereka 30 hingga 61 tahun dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) Akta Imigresen serta 17 (1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED