Translate

28 May 2021

Sarawak Tidak Akan Melaksanakan ' Total Lockdown' Sektor Ekonomi dan Sosial Tetapi Tetap Melaksanakan PKP Bermula Esok




Sarawak kekal PKP, tidak 'lockdown' sektor ekonomi dan sosial
ASTRO AWANI
Mei 28, 2021 21:36 MYT

Abdul Karim berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

KUCHING: Sarawak kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, tetapi tidak melaksanakan 'total lockdown' kepada sektor ekonomi dan sosial seperti yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

"Kita berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Lewat petang Jumaat, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh MKN.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat, katanya.

FOR MORE NEWS:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 7 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 5 hrs 47 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 1 min ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 7 hrs 11 mins ago