Translate

28 May 2021

Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tahun

Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun 

Gadis jadi 'pemuas nafsu' bapa sejak berusia 6 tahun


Astro Awani

BUKIT MERTAJAM: Penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak 12 tahun lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat laporan dicabul bapanya yang berusia 45 tahun, Selasa lepas.

Mangsa memberitahu bapa yang bekerja sebagai juruteknik telah mencabulnya ketika berada di ruang tamu rumah mereka di sebuah apartment di Bukit Mertajam.

"Bagaimanapun hasil soal siasat lanjut ke atas mangsa mendapati dia sebenarnya dipercayai telah dipaksa melakukan hubungan seks sejak berusia enam tahun malah pernah diliwat semasa berusia 15 tahun.

"Kejadian itu dipercayai berterusan sehingga dia berusia 18 tahun. Mangsa merahsiakan kejadian tersebut daripada pengetahuan ibunya kerana tidak mahu menjejaskan hubungan kedua-dua ibu bapanya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun akibat tertekan mangsa akhirnya membuka mulut dan tampil membuat laporan polis.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan lanjut.

Shafee berkata, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai telah melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 3 hrs 33 mins ago