Translate

31 May 2021

PKP Penuh: Bengkel Membaiki Kenderaan, Kedai Tayar Dibenar Beroperasi

Bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.

PKP Penuh: Bengkel membaiki kenderaan, kedai tayar dibenar beroperasi

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Bengkel membaiki kenderaan dan kedai tayar antara sektor yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 bermula 1-14 Jun ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini, sektor berkenaan walaupun bukan di bawah kawal selia kementerian namun berkait dengan sektor pengangkutan dan logistik.

Turut dibenarkan beroperasi secara optima ketika PKP ini adalah 30 perkhidmatan perlu bagi sektor pengangkutan dan logistik.

Bagi sektor udara yang dibenarkan beroperasi, ia merangkumi perkhidmatan lapangan terbang, kargo udara, penerbangan berjadual dan tidak berjadual serta am.

Bagi sektor darat, antaranya termasuk perkhidmatan perdagangan, bas, rel penumpang, teksi/e-hailing serta operasi penghantaran barangan 'courier/p-hailing'.

Bagi sektor air ia membabitkan perkapalan, pelabuhan, feri penumpang dan pelabuhan.

Dalam pada itu, MOT katanya akan mengeluarkan kelulusan baharu untuk membolehkan syarikat-syarikat berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) beroperasi pada Fasa Pertama PKP ini.

Jelasnya, semua surat yang dikeluarkan di bawah SMILE sebelum ini adalah terbatal dan tidak sah dan ia kini boleh dimuat turun.

MOT turut menggariskan pengurangan kapasiti bagi kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing kepada dua orang termasuk pemandu.

Kapasiti penumpang bagi pengangkutan awam juga dikurangkan kepada 50 peratus kecuali syarikat penerbangan berikutan peratusan penumpang yang sedia ada adalah rendah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://application.mot.gov.my/

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 3 hrs 57 mins ago