Translate

28 May 2021

Lelaki Ditahan Rogol Dan Cabul Wanita OKU

Yusoff Zaki Mat Yaacob

Lelaki ditahan rogol dan cabul wanita OKU

Astro Awani

BEAUFORT: Polis menahan seorang lelaki di Kampung Banting Meraba, Beaufort kelmarin, selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

Suspek berusia 56 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 24 tahun mendedahkan kejadian itu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, hasil siasatan awal, mangsa memberitahu kejadian berlaku sekurang-kurangnya lima kali sebelum ini dan terbaru didakwa pada 17 Mei lalu.

Katanya, suspek turut didakwa memberi amaran akan memarahi mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa saja.

"Menurut keterangan, mangsa memberitahu suspek juga pernah mencabulnya beberapa kali sebelum ini.

"Mangsa akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan sukar menerangkan kejadian yang berlaku terhadapnya.

Katanya, suspek berjaya ditahan Rabu lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 42 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 5 hrs 45 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 6 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 6 hrs 42 mins ago