Translate

29 May 2021

Lelaki Ditemukan Maut Atas Jalan Raya Selepas Bergaduh Angkara Parkir (Video)

Mayat seorang lelaki ditemukan terbaring di atas jalan raya yang berhadapan dengan sebuah rumah di Jalan Temiang

Lelaki ditemukan maut atas jalan raya selepas bergaduh angkara parkir

BERNAMA

SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemukan terbaring di atas jalan raya yang berhadapan dengan sebuah rumah di Jalan Temiang di sini selepas mangsa dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 7.17 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 46 tahun itu dipercayai bertelingkah dengan suspek, yang juga pemilik sebuah parkir kenderaan, selepas bertindak meletakkan keretanya di situ.

"Mangsa dipercayai ke rumah majikannya yang terletak di sebelah rumah suspek, seorang lelaki warga Myanmar.

"Difahamkan isu melibatkan parkir itu sudah lama berlaku.

"Dan pada hari ini, suspek turut meletakkan tanda 'dilarang parkir' menggunakan cat di atas jalan raya di hadapan rumahnya.

"Lelaki itu kemudian tidak berpuas hati serta memprovok suspek dan berlaku sedikit pergaduhan antara mereka yang tidak berapa teruk.

"Selepas keadaan reda, mangsa jatuh lalu tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Mohd Said berkata susulan itu, suspek yang berusia 21 tahun dan mengaku terlibat dalam pertengkaran dengan mangsa ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat.
 


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 42 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 5 hrs 46 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 6 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 6 hrs 43 mins ago