Translate

29 May 2021

10 Individu Daripada Dua Keluarga Ditahan Merusuh Di PPR Kempas (Video)

10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas

10 individu daripada dua keluarga ditahan merusuh di PPR Kempas

BERNAMA

JOHOR BAHRU, 29 Mei -- Seramai 10 individu daripada dua keluarga ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PRR) Kempas di sini, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kesemua 10 yang ditahan berumur antara 12 hingga 45 tahun dan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah peribadi.

“Rabu lepas, polis menerima laporan orang awam berkenaan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan penduduk pada 6.45 petang dan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

“Kesemua individu juga sudah dikenakan tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan dikompaun mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau dengan tertangkapnya kesemua individu berkenaan, polis menganggap kes berkenaan sudah selesai.

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video dan gambar yang mendakwa pergaduhan terbabit melibatkan penolong setiausaha sebuah parti politik di Pulai.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 43 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 7 mins ago