Translate

31 May 2021

Vaksin COVID-19: Kerajaan Setuju Laksana Program Trak Bergerak

Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Vaksin COVID-19: Kerajaan setuju laksana program trak bergerak

Astro Awani

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju melaksanakan program Trak Vaksin Bergerak bagi pemberian vaksin COVID-19 di kawasan-kawasan penularan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara itu.

"Kita akan mulakan 'pilot project’ (projek perintis) di projek perumahan rakyat (PPR) dan kawasan pembinaan yang masih beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Mengulas lanjut, Khairy berkata sebanyak 30 trak bergerak dijangka digunakan sepanjang tempoh awal tersebut, dengan pihaknya menyasarkan 100 dos pemberian vaksin sehari.

Katanya lagi, kerajaan akan memutuskan kemudian sama ada program Trak Vaksin Bergerak akan diperluaskan kepada skala yang lebih besar.

Berhubung pemberian vaksin, Khairy berkata setakat semalam (30 Mei), sebanyak 2,913,009 dos telah diberikan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sepang viewed 'Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'White House, shaken by Signal scandal, says case i' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 28 mins ago
A visitor from Dabu viewed 'MALAYSIAN S*X BLOG COUPLE ALVIN & VIVIAN SPLITTING' 28 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 52 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Govt to expand use of QR codes' 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 55 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 59 mins ago