Translate

29 May 2021

Sesak di PPV: Datanglah Ikut Masa Janji Temu - PDRM (Video)

Datanglah ikut masa janji temu

Sesak di PPV: Datanglah ikut masa janji temu - PDRM

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir pihak yang datang terlalu awal ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di WTCKL menyebabkan sedikit kesesakan di bahagian luar bangunan tersebut pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, ASP Tuan Ahmad Zainal Tuan Ismail berkata pihaknya bagaimanapun memohon mereka agar beredar selepas menerima maklumat tersebut.

Jelasnya ia bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dapat dilakukan dengan baik.

“Tiada masalah sebenarnya dan kita telah susun dengan baik susunan penerima vaksin dari pintu masuk. Bagaimanapun tindakan segelintir orang ramai yang berkumpul terlalu awal untuk menunggu giliran menerima vaksin menyebabkan keadaan di luar WTC agak sesak.

“Kita terpaksa minta mereka beredar dan datang kembali mengikut waktu janji temu seperti yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pihak,” jelasnya ketika dihubungi oleh Astro AWANI.

Tambahnya polis telah melakukan hebahan menggunakan kereta peronda di kawasan berkenaan agar kesemua mereka beredar dengan aman dan kembali semula pada waktu yang ditetapkan demi keselamatan terutamanya dalam aspek penjarakan sosial.

Keadaan tersebut katanya boleh dielakkan jika kesemua pihak mematuhi masa janji temu seperti mana yang telah ditetapkan dalam aplikasi MySejahtera.

Pagi tadi tular di media sosial satu video dan beberapa gambar yang menunjukkan kesesakan yang berlaku di bahagian luar PPV WTCKL yang menunjukkan orang ramai menunggu untuk masuk ke pusat berkenaan.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Louisiana viewed '190 rumah rosak, Ahmad Zahid h' 2 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 7 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 9 hrs 12 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 9 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 9 hrs 25 mins ago