Translate

31 May 2021

PKP Fasa 1- "One Stop Centre" Diwujudkan Untuk Permohonan Surat Kebenaran Beroperasi Bagi Sektor Dibenarkan Bermula 1-14 June 2021







'Total lockdown': Surat kebenaran beroperasi kini dikeluarkan pusat sehenti MITI - MKN
ASTRO AWANI
Mei 31, 2021 18:38 MYT

Semua surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal mulai 1 Jun. Foto - Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Surat kebenaran beroperasi bagi tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama bermula 1 Jun ini akan dikeluarkan menerusi sebuah pusat sehenti yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, surat tersebut hanya akan dikeluarkan setelah disahkan kementerian-kementerian berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan bahawa langkah itu diambil selepas semua surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh MITI sebelum ini adalah terbatal mulai 1 Jun.


“Sidang Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini memutuskan supaya sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang diselaraskan oleh MITI diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor berkenaan,” menurut kenyataan itu.



Permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan oleh MITI.

Sistem permohonan itu turut melibatkan semua kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan tersebut.


Bagaimanapun, laman sesawang portal CIMS 3.0 MITI masih belum dikemas kini setakat jam 6.30 petang kerana masih menampilkan mesej bahawa permohonan melalui portal tersebut hanya bagi sektor perkilangan sahaja.

Sebelum ini, MKN menyatakan bahawa surat kebenaran perlu dimohon daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia sektor tertentu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Muhammad Kamil sahkan hantar pencal' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis buru dua lelaki curi BMW R1300GS | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Campeche viewed 'Kuala Lumpur akan diletakkan antara bandar peneraj' 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Fong Chee Khuen dipecat daripada jawatan CEO HHRG ' 58 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Tim' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kementerian Pengangkutan arah 2 syarikat e-hailing' 2 hrs 45 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Caloocan viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM Anwar terima kunjungan hormat Siti Nurhaliza, b' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Fire breaks out at Tampines industrial building | ' 7 hrs 14 mins ago