Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
ASTRO AWANI

Neelofa dan PU Riz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara berdasarkan kajian mengikut keterangan yang diperoleh sebelum ini.
"Pada petang tadi kertas siasatan dikembalikan kepada Pejabat Peguam Negara untuk keputusan," katanya kepada Astro AWANI.