Translate

29 May 2021

Bapa Durjana Rogol Anak Direman (Video)

Lelaki yang menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak berusia enam tahun direman selama tujuh hari

 



Bapa durjana rogol anak direman

Astro Awani

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang menjadikan anak kandungnya sebagai pemuas nafsu sejak berusia enam tahun direman selama tujuh hari pada Sabtu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak bermula hari ini sehingga 4 Jun ini.

Penahanan itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Juruteknik di sebuah kilang berusia 45 tahun itu ditahan polis di kawasan Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada jam 4.45 petang Jumaat.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan, penderitaan seorang gadis berusia 18 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan liwat bapa kandung sendiri sejak berusia 6 tahun akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad dilaporkan berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan membuat laporan dicabul bapanya itu, Selasa lepas.

Mangsa memberitahu bapa yang bekerja sebagai juruteknik telah mencabulnya ketika berada di ruang tamu rumah mereka di sebuah pangsapuri di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun hasil soal siasat lanjut ke atas mangsa mendapati dia sebenarnya dipercayai telah dipaksa melakukan hubungan seks sejak berusia enam tahun malah pernah diliwat semasa berusia 15 tahun.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 3 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Enam Penyerang Pemandu Lori Direman | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wani' 8 mins ago
A visitor from Chennai viewed 'BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Akmal Nasrullah akan pertahan jawatan Ketua Cabang' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penyelia tapak didakwa tipu dalam urusan jual beli' 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Three men involved in Viral fight at Gravy Baby Ch' 25 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 31 mins ago