![]() |
| Enam rumah di kawasan hutan belakang Taman Sri Arjuna yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf |
6 rumah pengganas Abu Sayyaf dimusnahkan
Harian Metro
Sebanyak enam rumah di kawasan hutan belakang Taman Sri Arjuna yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan, pada 21 Mei.
Operasi khas pemusnahan membabitkan 60 anggota dan pegawai itu dijalankan PDRM dengan kerjasama Pejabat Daerah Beaufort, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), kira-kira 10 pagi.
Tindakan merobohkan dan membakar rumah berkenaan diambil bagi mengelakkan ia didirikan semula dan menjadi sarang penempatan kumpulan pengganas.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, keputusan merobohkan penempatan kumpulan pengganas berkenaan dibuat dalam mesyuarat membabitkan semua agensi.
Katanya, operasi pertama itu hanya membabitkan enam rumah di lokasi pertama (Point A) manakala lokasi kedua (Point B) terpaksa ditangguhkan berikutan kawasan berkenaan dilanda banjir.
Beliau berkata ketika ditemui selepas operasi pemusnahan rumah setinggan, hari ini.
Yusoff Zaki berkata, tindakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort tidak akan terhenti dan gerakan mengesan saki baki ahli kumpulan berkenaan masih diteruskan.
Sementara itu, Yusoff Zaki menafikan beberapa kenyataan yang tular di media sosial kononnya daerah Beaufort tidak selamat berikutan insiden minggu lalu.

Source: Harian Metro YouTube