Translate

16 April 2021

Covid-19 Malaysia 16 April | New Cases - 2,551 Total- 370,528 | Recovered- 1,524, Active- 18,600 | Deaths- 2, Total- 1,365











Kenyataan Akhbar KPK 16 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

16 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,524 kes (350,563 kes kumulatif, 94.6%);
  • Kes baharu : 2,551 kes (370,528 kes kumulatif);
  • Kes import : 29 kes (10 warganegara, 19 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,522 kes [2,233 warganegara (88.5%); 289 bukan warganegara (11.5%)];
  • Kes aktif : 18,600 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 227 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes;dan
  • Kes kematian : 2 kes (1,365 kes kumulatif, 0.37%; 2 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 960 kes (37.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 892 kes (92.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 590 kes (23.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 245 kes (9.6 peratus).

Sebanyak 82 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Sandakan (55 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (20 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), Kluster Tembok Sri Aman (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).

Terdapat dua (2) kes kematian pada hari ini di Selangor melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 16 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,507 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,161 kluster [termasuktujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Daun, Kluster Jalan Besar Kepong, Kluster Sungai Puteh, Kluster Jalan Kebun Nenas, Kluster Industri TTJ, Kluster Persiaran Hemisfera, dan Kluster Lorong Usaha Utama];
  • Jumlah kluster aktif : 346 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 68 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Puncak Borneo (315 kes), Kluster Jalan Bambangan (99 kes), dan Kluster DTI Sandakan (55 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kluster tempat kerja, dua (2) kluster pusat tahanan, dan masing masing satu (1) kluster komuniti dan kluster pendidikan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Sultan IskandarSarawakTempat Kerja
2Jalan BalakongSelangorTempat Kerja
3Jalan Kia PengWP Kuala LumpurTempat Kerja
4DTI SandakanSabahPusat Tahanan
5DTI LenggengNegeri SembilanPusat Tahanan
6JepakSarawakKomuniti
7Sri LayangPahangPendidikan

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR590 (4)122,407
SABAH14356,510
JOHOR12142,829
WP KUALA LUMPUR245 (21)39,664
SARAWAK960 (3)22,920
PULAU PINANG9118,084
NEGERI SEMBILAN5317,784
PERAK4913,984
KEDAH359,006
KELANTAN  1647,891
MELAKA286,878
PAHANG474,660
TERENGGANU163,879
WP LABUAN1 (1)2,419
WP PUTRAJAYA61,268
PERLIS2345
JUMLAH KESELURUHAN2,551 (29)370,528

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,551 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 960 kes
    • 440 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jepak dan Kluster Jalan Sultan Iskandar;
    • 452 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 590 kes 
    • 84 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Balakong;
    • 404 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 245 kes  
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kia Peng;
    • 151 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 21 kes import dari luar negara; dan
    • 66 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 164 kes 
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 143 kes 
    • 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 55 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Sandakan;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 121 kes  
    • 70 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 91 kes 
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 53 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Lenggeng;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 49 kes
    • 30 kes daripada kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 47 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sri Layang;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 35  kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 28 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 16 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes import dari luar negara.  

LAMPIRAN 3

Ringkasan dua (2) kes kematian pada 16 April 2021 adalah seperti berikut:

No.     Kematian  Negeri  Jantina   (warganegara)Umur (tahun)  Hospital Tempat Kematian  Latar Belakang  
1364SelangorLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
1365WP Kuala LumpurLelaki (WN)61Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, dan obesiti

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SULTAN ISKANDAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354095) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Sultan Iskandar, Bintulu. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 440 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BALAKONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan Balakong, Seri Kembangan, Hulu Langat. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KIA PENG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Kepong, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362954) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat hiburan yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DTI SANDAKAN

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di DTI Sandakan. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 641 individu telah disaring, di mana 55 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DTI LENGGENG

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 April 2021 hasil saringan bersasar tahanan-tahanan di DTI Lenggeng yang terletak di Kampung Solok, Lenggeng, Negeri Sembilan. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 181 individu telah disaring, di mana 70 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JEPAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355287) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung di Kampung Jepak, Bintulu pada 3 April 2021. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 402 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SRI LAYANG

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360790) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Sri Layang, Bentong. Sehingga 16 April 2021, sejumlah 420 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED