12/1/21
Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa atas enam pertuduhan pengubahan wang haram dan menerima suapan sebagai balasan bagi melepaskan warga asing.
Tertuduh, Yusrazif Wan Yusoh, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di dua mahkamah berasingan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima RM215,990 iaitu hasil aktiviti haram daripada Yuen Hoon Loong yang dimasukkan ke dalam akaun milik tertuduh di Alliance Islamic Bank cawangan Putrajaya pada 27 Februari hingga 13 November 2020.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1)(b) Akta Pencegahan Pengubalan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram.
Source: Harian Metro YouTube