Source: Daniell Haziq
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes pergaduhan
BERNAMA
21/01/2021
KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Enam lelaki warga tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan hingga menyebabkan seorang individu cedera di hadapan sebuah stesen minyak di Batu 9 Cheras, Kajang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata polis menerima panggilan telefon orang awam berhubung kejadian pergaduhan pada 4.50 pagi dan setibanya di lokasi, polis menemui seorang lelaki dalam keadaan cedera.
“Menerusi hasil semakan, rakaman kamera litar tertutup memaparkan kejadian mangsa dicederakan oleh sekumpulan lelaki.
“Punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan mangsa kini sedang dirawat di hospital serta berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, kerana merusuh menggunakan senjata.
Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi mana-mana balai berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Insp Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730.