Dua lelaki, seorang wanita ditahan miliki dadah bernilai hampir RM290,000
BERNAMA
21/01/2021
PASIR MAS, 21 Jan -- Polis Kelantan menahan dua lelaki, seorang wanita dan merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM290,000 dalam tiga serbuan sekitar sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan ACP Sheik Azhar Sheik Omar berkata wanita berusia 35 tahun itu ditahan selepas polis menjumpai 1,800 biji pil kuda dan 120 botol berisi serbuk putih disyaki heroin bernilai RM278,000 di sebuah rumah di Kampung Slow Machang, kira-kira pukul 10 malam.
"Suspek ditahan ketika berada di rumah bersama anaknya yang berusia lima tahun dan barangan itu dijumpai di dalam dua bekas tin biskut berasingan, yang disimpan di dalam satu kotak polistirena yang diletakkan di sebuah bilik berhampiran dapur di rumah itu.
"Susulan itu, polis juga menyita sebuah kereta jenis Myvi dan dua motosikal jenis Yamaha dengan anggaran keseluruhan nilai sitaan RM40,000." katanya pada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini, hari ini.
Beliau berkata wanita itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif, bagaimanapun polis sedang menyiasat serta mengenal pasti pemilik sebenar kesemua dadah yang dijumpai di kediaman wanita berkenaan.
Dalam serbuan lain, Sheik Azhar berkata polis menahan seorang buruh berumur 29 tahun selepas menemukan 1,000 biji pil kuda bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gaung, dekat sini, kira-kira pukul 2.00 petang.
"Hasil tangkapan ini, sebuah motosikal jenis Honda bernilai RM2,000 turut disita," katanya.
Sementara itu seorang penganggur berusia 31 tahun pula ditahan kerana memiliki syabu seberat 5.19 gram bernilai RM560 dan suspek ditahan ketika berada dalam kereta di tepi jalan Kampung Tal Tujuh, pada pukul 8.40 malam.
"Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki ini positif methamphetamine selain mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek ditahan reman bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.