Translate

31 October 2020

Kanak-Kanak 5 Tahun Dirogol Bapa Saudara

Mohd Hafiz Muhammad Nor

Kanak-kanak 5 tahun dirogol bapa saudara
Astro Awani
31 Oktober 2020


JEMPOL: Seorang lelaki ditahan setelah disyaki merogol anak saudaranya yang berusia lima tahun di dalam tandas Air Terjun Kem D-Bana Ayer Hitam, di sini, pada 23 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan murid tadika dibawa ke kem rekreasi berkenaan bersama dua sepupu lelaki berusia enam dan empat tahun oleh suspek seorang penganggur berusia 22 tahun.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 petang semasa mangsa sedang membersihkan diri di dalam tandas.

"Sebaik pulang ke rumah pada jam 4 petang, mangsa telah menceritakan kejadian kepada neneknya yang kemudian telah membuat laporan polis," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dalam satu kenyataan.

Mangsa dibawa ke Hospital Jempol dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Menurut Mohd Hafiz lagi, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama ibunya di Puchong, Selangor telah berada di rumah neneknya di Kampung Dusat, Ayer Hitam, Bandar Seri Jempol sejak pertengahan bulan lalu.

"Suspek yang tidak bekerja telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ampang viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 11 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '25 terima rawatan awal setakat' 12 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 13 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Angka korban meningkat kepada' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 14 mins ago