Translate

31 October 2020

Kerajaan Perlu Pertimbang Wujudkan Undang-Undang Anti Lompat Parti - Majlis Peguam

Salim Bashir 
               

Kerajaan perlu pertimbang wujudkan undang-undang anti lompat parti - Majlis Peguam
BERNAMA
31/10/2020 


KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Majlis Peguam Malaysia sekali lagi menggesa kerajaan agar mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti lompat parti semasa persidangan Dewan Rakyat yang akan datang bagi menghalang ahli parlimen daripada beralih parti.

Presidennya Salim Bashir berkata ini kerana Malaysia telah berdepan beberapa pergolakan politik yang serius sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Majlis Peguam berpandangan bahawa tidak ada sekatan bagi Parlimen untuk menggubal undang-undang anti lompat parti di peringkat persekutuan meskipun bercanggah dengan keputusan Mahkamah Agung pada 1992 dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & satu lagi menentang Nordin bin Salleh & satu lagi. Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk berpersatuan.

“Namun turut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kita di bawah Perkara 10(2) ialah Parlimen, melalui undang-undang, boleh mengenakan sekatan yang dianggap perlu atau bermanfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian daripadanya, ketenteraman awam atau moral.

"Kami berpendapat bahawa beralih parti selepas diundi rakyat merupakan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan kepada mereka. Perlakuan sedemikian adalah politik yang tidak beretika dan perlu dielak bagi memelihara struktur demokratik di negara kita,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata undang-undang anti lompat parti adalah mustahak untuk memperkukuh kestabilan politik dan kepercayaan umum terhadap proses demokratik selain tidak menjejaskan keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Justeru itu, tindakan melompat parti atau berpaling tadah sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen seharusnya dijadikan sebagai satu perbuatan yang tidak sah bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan integriti perlembagaan, katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 13 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program' 1 hr ago
A visitor from Ashburn viewed 'Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perh' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Victims to receive additional f' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ex-BSI banker linked to 1MDB money Laundering Scan' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Wajib lapor pendapatan walaupun perniagaan rugi - ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr 27 mins ago