Translate

30 October 2020

KKM Harap Akta 342 Dipinda Segera (1 Video)

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah 



KKM harap dapat pinda Akta 342
KKM harap Akta 342 dipinda segera
Astro Awani
30 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat dipinda dalam waktu terdekat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pindaan itu dibuat berikutan masalah jangkitan penyakit kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu saja.

Dr Noor Hisham menjelaskan, akta itu digubal pada 1988 dan rancangan untuk meminda dibuat sebelum negara dilanda pandemik COVID-19.

Jelas beliau, pindaan itu juga perlu kerana ia membabitkan isu punca kuasa untuk menguatkuasakan peruntukan dalam Akta 342.

"Sebelum pandemik lagi kita sudah mahu membuat pindaan terhadap Akta 342 kerana banyak lagi yang perlu diperhalusi.

"Perancangan untuk pinda kita sudah hantar kepada Peguam Negara," katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham sekali lagi mengulangi saranan agar pilihanraya tidak diadakan buat masa ini.

Namun jelas beliau sekiranya keperluan untuk mengadakan pilihan raya, KKM menyarankan agar digunakan tiga prinsip ketika kempen.

Dr Noor Hisham berkata tiga prinsip tersebut adalah tidak melintasi sempadan atau daerah, tidak membernarkan perhimpunan atau berkempen dan tidak ada walkabout atau kunjugan ke rumah.

"KKM mengambil maklum keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengikut ketentuan undang-undang namun begitu memang kebimbangan KKM untuk mengadakan pilihan raya buat masa ini dan syor KKM kalau boleh tidak diadakan pilihanraya," katanya lagi.

Sebanyak 799 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu, 466 kes atau 58.3 peratus direkodkan di Sabah.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 3 hrs 33 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 5 hrs 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 6 hrs 8 mins ago