Translate

30 October 2020

Mohd Hamdi Dilantik Sebagai Naib Canselor UM Baharu (1 Video)

Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor 
              



Mohd Hamdi dilantik Naib Canselor UM baharu
Mohd Hamdi dilantik sebagai Naib Canselor UM baharu
BERNAMA
30/10/2020


PUTRAJAYA, 30 Okt -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) baharu, berkuat kuasa 1 Nov ini hingga 31 Okt 2023.

Mohd Hamdi, 49 akan menggantikan Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim yang akan tamat kontrak esok (31 Okt).

"Pelantikan ini dibuat selepas Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam bersidang dan membuat penilaian terhadap calon-calon pada 5 Okt," menurut KPT dalam kenyataannya.

Sebelum perlantikan itu, Mohd Hamdi berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama hampir dua tahun, selain memegang jawatan pentadbiran dan akademik lain seperti Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), UM.

KPT berkata, pelantikan Mohd Hamdi diyakini dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan dalam mengekalkan pencapaian dan kegemilangan UM sebagai universiti penyelidikan terkemuka di negara ini.

KPT dalam kenyataan itu turut merakamkan penghargaan kepada Abdul Rahim atas sumbangan dan kepimpinan beliau sehingga UM dinobatkan sebagai antara universiti terbaik dunia.



-- BERNAMA
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 14 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 49 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Lecco viewed 'Motorcycling-Moto3 Rider Dupasquier Dies After Cra' 1 hr ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 21 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 25 mins ago