Translate

31 October 2020

Tindakan KKM Berjaya Turunkan Kadar R-Naught

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah


Tindakan KKM berjaya turunkan kadar R-naught
BERNAMA
31/10/2020 


PUTRAJAYA, 31 Okt -- Tindakan yang dilaksana selama lebih dua minggu oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengimbangi antara sektor kesihatan dan ekonomi telah berjaya menunjukkan hasil yang positif dengan penurunan kes-kes kebolehjangkitan iaitu R-naught (R0) kurang daripada 1.0.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil usaha tersebut adalah dengan membenarkan sektor ekonomi untuk berfungsi tetapi memperlahankan atau menangguhkan aktiviti sektor sosial, pendidikan dan sukan di kawasan zon merah.

"Jika kita mengguna R0 1.0, sepatutnya semalam dan hari ini kita mendapat kes yang dilaporkan sebanyak 950 tetapi kita dapati ia kurang dari 950 iaitu 799 semalam dan 659 kes pada hari ini.

"Ini bererti jika kita mengikut unjuran R0 1.0 kita adalah kurang dari R0 1.0," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Noor Hisham berkata dalam tempoh dua minggu ini, KKM akan mempergiatkan aktiviti dan pengurusan pesakit COVID-19 dan tindakan aktiviti di lapangan bagi membendung penularan serta memutuskan rantaian jangkitan wabak itu, di dalam negara.

"Kita juga perlu kerjasama dari rakyat Malaysia untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan paling penting duduk di rumah. Jika kalau terpaksa keluar rumah, sila patuh kepada SOP,” katanya.

Beliau berkata jika semua pihak patuh dan mengikut kaedah tersebut, pihaknya boleh meratakan atau landaikan kes iaitu R0 kurang daripada 1.0 hingga 0.3.

Jelasnya, perkara itu tidak mustahil kerana di Kedah sebelum ini terdapat peningkatan kes yang tinggi dengan wujudnya banyak kluster dan hari ini hanya dua kes dilaporkan di negeri itu.

Tegasnya, itu adalah hasil tindakan kesihatan awam dan saringan yang tertumpu pada kawasan dan zon yang disyaki serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran.


"Di Lembah Klang dan Selangor kita boleh juga kawal dan cegah COVID-19 ini kalau kita guna kaedah yang sama. Kita tidak ada vaksin setakat ini dan tidak ada ubat tapi kita ada kaedah kesihatan awam untuk kita menguruskan bagi memutus rantaian jangkitan wabak ini," tambahnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Sidang media khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng- K' 3 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 18 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 19 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Rio Carnival Kicks Off in Brazi | BEST FBKL' 20 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 20 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Police are searching for 29-year-old P. Devaraajan' 26 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 34 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 34 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 52 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 1 hr 18 mins ago