Translate

28 October 2020

Pemotong Rumput Dituduh Rogol Kanak-Kanak, Laku Amang Seksual Terhadap Adik Mangsa

                   

Pemotong rumput dituduh rogol kanak-kanak, laku amang seksual terhadap adik mangsa
Astro Awani
27 Oktober 2020

KUALA TERENGGANU: Seorang pemotong rumput dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus di sini pada Ogos lalu.

Wan Muhammad Eduan Wan Muhammad Najib, 26, turut didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap adik lelaki mangsa berusia lapan tahun.

Bagi pertuduhan pertama, dia mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu di sebuah rumah di Kuala Nerus, kira-kira jam 12 tengah malam, 31 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik lelaki mangsa di rumah yang sama, kira-kira jam 2 petang, pada 16 September lalu.
Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah menetapkan 24 November depan untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu fakta kes.

Selain itu mahkamah juga tidak membenarkan sebarang jaminan terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 1 min ago