Translate

30 October 2020

Individu Bekerja Sendiri Boleh Mohon Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah, Negeri- Ismail Sabri

 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
                 

Individu bekerja sendiri boleh mohon kebenaran polis untuk rentas daerah, negeri- Ismail Sabri
BERNAMA
30/10/2020 


KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Individu yang bekerja sendiri boleh memohon surat kebenaran di balai polis untuk pergerakan keluar daerah atau negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata surat kebenaran itu akan memudahkan pergerakan dan urusan mana-mana individu sewaktu ditahan di sekatan jalan raya (SJR).

“Jadi perlu ke balai polis, dapatkan surat kebenaran pergerakan. Saya faham mereka tidak mempunyai majikan, jadi tiada siapa dapat sahkan mereka bekerja di mana-mana syarikat.

“Nasihat saya, pergilah ke balai polis. Ini cara paling sesuai,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Ismail Sabri mengulas laporan membabitkan seorang penjaja makanan dikenakan kompaun RM1,000 dalam satu SJR kerana tidak memiliki surat kebenaran bekerja daripada majikan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 5 hrs 12 mins ago