Translate

29 October 2020

FAM Elak Campur Tangan Siasatan FIFA Kes Sumareh (1 Video)

         




Sumareh kena gantung 2 tahun
FAM elak campur tangan siasatan FIFA kes Sumareh
Astro Awani
29 Oktober 2020

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memilih untuk tunggu dan lihat berhubung isu Mohamadou Sumareh meskipun tonggak itu berstatus pemain tempatan.

Pemain kelahiran Gambia itu lesap di kem Pahang sejak Julai lalu atas dakwaan masalah gaji dan penghijrahan kontroversinya ke kelab liga Thailand, Police Tero, bagaimanapun sah selepas dia mendapatkan pelepasan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mendapati Sumareh bersalah dalam empat pertuduhan seperti yang dinyatakan sidang media Jawatankuasa Tatatertib PBNP pada Selasa, sekali gus digantung dua tahun.

Mengulas tindakan daripada pasukan Tok Gajah itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, dalam temu bual bersama wakil Astro Arena, Syakirah Zulkifly, menjelaskan mereka mengambil pendekatan menunggu keputusan daripada badan induk dunia terlebih dahulu berhubung kes itu.

""Perkara ini sedang disiasat di peringkat FIFA. Seperti yang FAM nyatakan sebelum ini bahawa kami sedang menunggu keputusan daripada FIFA.

"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan yang boleh bercanggah dengan badan induk dunia.
"Kes ini di antara dua pihak, Sumareh dan Pahang.

"FIFA tidak meminta sebarang dokumen daripada FAM dan kami pula tidak terlibat dalam kes ini," katanya di Wisma FAM semalam.

Sumareh pula menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Nadi Arena berbunyi: "Saya tidak faham kenapa PBNP menggantung pemain yang tidak lagi bersama mereka.
Perkara ini sangat mustahil."

Isu ini mirip kepada kes Dollah Salleh yang pernah mengalami nasib sama apabila Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) ketika itu menggantung bekas pemain kebangsaan berkenaan selama tiga tahun pada 1988, namun dikurangkan kepada enam bulan.

Ketika itu, hukuman tersebut hanya diiktiraf di Johor sahaja, di mana Dollah tidak dibenarkan beraksi bersama negeri berkenaan dan juga tidak boleh beraksi ketika Selangor menentang Johor di Johor Bharu.

Source: Astro Awani 

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 5 hrs 12 mins ago