Translate

28 October 2020

Alvin Goh menafikan terlibat dalam kegiatan Macau Scam menerusi satu video yang dipercayai ditularkan oleh rakannya (1 Video)

Lompat pagar SPRM: Alvin Goh cerita mengapa dia larikan diri
ASTRO AWANI
Oktober 28, 2020 11:35 MYT

Alvin Goh menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan Macau Scam atau judi dalam talian menerusi satu video yang dipercayai ditularkan oleh rakannya. - Foto Media Sosial


 
 
KUALA LUMPUR: Alvin Goh, suspek sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang melarikan diri dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, menafikan sebarang penglibatan dalam kegiatan jenayah seperti yang disyaki terhadapnya.

Penafian itu dibuat Alvin, atau Goh Leong Yeong, menerusi satu video berdurasi 8 minit 39 saat yang dipercayai dimuat naik rakannya sebelum ia ditularkan di media sosial.


Video itu muncul selepas penahanan Alvin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah apartmen di Pahang, pada Selasa.

Terdapat beberapa perkara yang dijelaskan Alvin dalam video berkenaan, termasuk mengapa dia melarikan diri melalui pintu belakang bangunan SPRM.

“Saya tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri, namun saya mempunyai syarikat telekomunikasi dan peralatan teknologi di sebuah pusat beli-belah Bukit Bintang.

"Namun, tidak pernah terlibat dengan sindiket Macau Scam atau perjudian dalam talian," katanya.

Tambahnya, dia telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM semasa siasatan berlangsung.
"Namun, ketika dibebaskan pada 11 Oktober lepas, saya mendapat tahu polis juga akan menahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.

“Saya tahu apabila dituduh di bawah akta itu, ia satu perkara yang serius.

"Selepas 10 hari direman di SPRM, saya letih dan tidak dapat berfikir dengan baik. Selepas saya dilepaskan, saya keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM, dan beberapa hari selepas itu baru saya tahu melalui media yang saya diburu,” jelas Alvin.

Katanya, apabila video itu ditonton, dia telah pun menyerahkan diri kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 20 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tanpa PERMATA@Pintar, MIT mungkin sekadar mimpi bu' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 25 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 58 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perh' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Victims to receive additional f' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ex-BSI banker linked to 1MDB money Laundering Scan' 1 hr 32 mins ago