Translate

31 October 2020

Beroperasi Tanpa Lesen, Tiga Premis Diarah Tutup - DBKL

             


Beroperasi tanpa lesen, tiga premis diarah tutup - DBKL
BERNAMA
31/10/2020 07:48 PM


KUALA LUMPUR, 31 Okt -- Sebuah pusat hiburan dan dua rumah urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran di tiga lokasi berasingan di sini, ditutup selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati ketiga-tiga premis berkenaan beroperasi tanpa lesen.

Menurut kenyataan DBKL hari ini, penutupan itu dilakukan dalam operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Hiburan dan Rumah Urut/Pelacuran di Jalan Yew Bukit Bintang, Prima Setapak Wangsa Maju dan Jalan Radin Tengah Seputeh, di sini malam tadi.

“Dua notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta satu notis pemberitahuan kesalahan di bawah Akta Hiburan 1992,” demikian menurut kenyataan itu.

Selain itu, DBKL turut menyita 29 barangan daripada premis terbabit seperti kamera litar tertutup (CCTV), televisyen, kondom, pembesar suara, monitor, komputer dan lain-lain peralatan.

Operasi melibatkan lapan pegawai dan 52 anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

-- BERNAMA











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 13 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'BARA NAGA FILEM AKSI PALING EPIK T' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama ' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'RM16 juta adalah derma kepada UMNO laksana program' 59 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perh' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Victims to receive additional f' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Ex-BSI banker linked to 1MDB money Laundering Scan' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Wajib lapor pendapatan walaupun perniagaan rugi - ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Semenyih viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr 27 mins ago