Translate

30 October 2020

Inspektor, Sarjan Direman Bantu Siasatan Terima Suapan RM5,000 (1 Video)

                                                


Rasuah :Dua individu berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan  

Inspektor, sarjan direman bantu siasatan terima suapan RM5,000
BERNAMA
30/10/2020


ALOR SETAR, 30 Okt -- Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang anggota polis berpangkat sarjan masing-masing direman empat dan dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan sebanyak RM5,000 pada awal bulan ini.

Perintah reman terhadap lelaki berumur 32 dan 51 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, kedua-dua polis itu disyaki bersubahat dengan seorang lelaki untuk menerima suapan daripada seorang lelaki lain berjumlah RM5,000 bagi menutup kes dan tidak ditahan atas kesalahan jenayah pecah rumah.

Sarjan berkenaan ditahan di depan sebuah restoran di Kulim pada 3.30 petang semalam manakala inspektor terbabit ditahan di pejabatnya di Kulim pada 5.25 petang semalam dan lelaki itu pula ditahan di Juru pada 5.25 petang Rabu lepas sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas ' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Wall St leaps after Trump announces 90-day tariff ' 32 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Caj Perkhidmatan PUSPAKOM Naik Mulai 1 April | BES' 48 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes rogol, sumbang mahram di Kelantan meningkat | ' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Perm viewed 'Pemandu Kereta Yang Menyebabkan Penunggang Motosik' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen serbu Hentian Kajang, tahan 288 pendatan' 2 hrs 53 mins ago