Translate

06 September 2020

Isteri MB Selangor minta maaf, lori Air Selangor bukan untuk kolam renang



Astro Awani
6 September 2020

KUALA LUMPUR: Isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad pada Ahad tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya memuat naik beberapa keping gambar di media sosialnya berhubung isu air menimbulkan pelbagai reaksi negatif banyak pihak.

Masdiana dalam masa sama, turut menafikan dakwaan konnnya lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang ada di kediamannya itu untuk memenuhkan kolam renang.

"Saya menyedari kekhilafan di pihak saya untuk memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran dan dakwaan yang kata lori itu dihantar untuk memenuhkan kolam renang tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Sebagai seorang ibu saya cuma ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus -umus sejak beberapa hari lepas, bukannya niat untuk bermegah-megah.

“Saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang bentuk salah tafsir dan mengguris perasaan mana-mana pihak,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Ahad.

Menurut Masdiana, beliau sendiri secara peribadi akan turun bersama petugas barisan hadapan Air Selangor untuk membantu penduduk di kawasan yang belum menerima bekalan air, terutamanya golongan ibu tunggal dan warga emas.

Terdahulu, Masdiana dikecam kerana memuat naik beberapa keping gambar di kediaman rasmi Menteri Besar yang memperlihatkan kolam renang dan lori tangki air sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Hantaran yang dimuat naik dalam akaun media sosial Instagram miliknya itu bagaimanapun telah dipadam dan akaunnya pula deactivated.

Ini berikutan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat negeri itu berpunca daripada pencemaran air di Sungai Gong, Rawang, Khamis lalu.

Source : Astro Awani

Isteri MB Selangor minta maaf, lori Air Selangor bukan untuk kolam renang

Image
Image


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED