Translate

25 June 2020

TUDM melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa pulang dua jenazah anggota


TUDM MELAKSANAKAN PENERBANGAN IHSAN MEMBAWA JENAZAH ANGGOTA TLDM Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2020 12:03

http://www.airforce.mil.my/berita/acara-rasmi/6347-tudm-melaksanakan-penerbangan-ihsan-membawa-jenazah-anggota-tldm

SUBANG, 25 Jun 2020 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan bagi membawa pulang dua jenazah anggota TLDM iaitu Allahyarham LK 1 TNL Mohammad Firdaus dan LK 1 TMK Muhammad Arif yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ranau-Kota Kinabalu pada 23 Jun baru-baru ini.

Jenazah telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.20 pagi menggunakan pesawat pengangkut C-130H berpangkalan di No. 14 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi menghantar jenazah Allahyarham LK 1 TNL Mohammad Firdaus manakala jenazah Allahyarham LK 1 TMK Muhammad Arif diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sebelum dibawa ke kampung halaman masing-masing.

Terdahulu, jenazah Allahyarham LK PAP Maslin yang turut terkorban dalam kemalangan jalan raya tersebut telah selamat diterbangkan ke kampung halamannya di Semporna pagi tadi dengan menggunakan helikopter EC 725 AP milik TUDM dari No. 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan.

Seluruh warga TUDM turut bersimpati dan merakamkan ucapan takziah kepada semua waris di atas pemergian insan tersayang dan kepada TLDM. Semoga segala urusan pengkebumian berjalan dengan lancar dan didoakan roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED