Translate

25 June 2020

Download App MySejahtera! - MySejahtera telah mengenal pasti lebih 200 pengguna yang positif COVID-19.


Lebih 200 individu positif COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera

Afiezy Azaman, Astro Awani |  Jun 25, 2020

Md Shah berkata sehingga kini terdapat 4.9 juta pengguna telah berdaftar dengan aplikasi MySejahtera.

KUALA LUMPUR: Lebih 200 individu yang dijangkiti COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera sejak ia dilancarkan April lalu.

Menurut Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ir. Md Shah Nuri Md Zain, jumlah itu berkurangan selepas virus itu semakin kurang menular di dalam negara kebelakangan ini.

“Pada April mula-mula dilancarkan, aplikasi MySejahtera telah mengenal pasti lebih 200 pengguna yang positif COVID-19.

“Kesemua mereka dikenal pasti bermula awal April sehingga akhir bulan tersebut dan berkurangan sejak akhir-akhir ini,” katanya kepada Astro AWANI dalam program AWANI Pagi menerusi segmen Realiti Rakyat, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Md Shah berkata sehingga kini terdapat 4.9 juta pengguna telah berdaftar dengan aplikasi MySejahtera.

Manakala 180,000 premis telah menggunakan aplikasi berkenaan untuk modul ‘check-in’ bagi memudahkan kontak rapat dikenal pasti sekiranya positif COVID-19.

Jelas Md Shah, aplikasi tersebut pada peringkat awalnya dibangunkan atas permintaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenal pasti individu yang mempunyai risiko COVID-19.

“"Kerana pada masa itu ramai datang ke klinik dan hospital untuk membuat pemeriksaan dan melalui aplikasi ini mereka tidak perlu pergi ke hospital dan klinik kerana boleh dinilai melalui aplikasi ini.

“Sekaligus, ia dapat kurangkan beban kerajaan menyediakan kakitangan perubatan untuk memeriksa orang ramai.

“Bagaimanapun, aplikasi berkenaan telah diperluaskan modulnya untuk pengesanan kontak rapat di premis yang dikunjungi pengguna apabila memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pergerakan orang ramai,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Md Shah tidak menafikan terdapat banyak cubaan individu yang tidak bertanggungjawab untuk menceroboh secara haram data pengguna aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, beliau menegaskan perkara itu tidak berlaku kerana aplikasi berkenaan mempunyai lapisan keselamatan yang kukuh dikendalikan beberapa kumpulan pakar.

“Dalam pembangunan aplikasi ini kita ada pasukan tertentu, satu pasukan pembangunan dan satu lagi pasukan menilaui tahap keselamatan dan ini dinilai secara berterusan.

“Segala ujian dibuat secara berterusan dalam pembangunan aplikasi ini, sebagai contoh satu pasukan dari Unit Tadbiran, Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang fokus kepada pembangunan manakala NACSA fokus kepada keselamatan manakala KKM melihat kepada penggunaan.

“Kesemua data ini disimpan dengan selamat di KKM dengan langkah-langkah kawalan pelbagai lapisan,” jelasnya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED