Translate

03 June 2020

Pemberian Elaun Sebanyak RM3,000 Kepada Sesiapa Yang Dibuang Kerja Semasa Tempoh PKP Daripada PERKESO Adalah Palsu










SEBENARNYA:


Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO):

PERKESO menafikan mesej tular berhubung pemberian elaun sebanyak RM3,000 kepada sesiapa yang diberhentikan kerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakn (PKP).

Mesej tular itu antara lain memaklumkan bahawa mereka yang hilang pekerjaan boleh memohon elaun berkenaan dalam tempoh tidak melebihi 60 hari daripada tarikh mula diberhentikan kerja. Butiran yang diperlukan termasuk Nombor Akaun Bank.

Pengedar khabar angin tersebut turut menyalahgunakan pautan eis.perkeso.gov.my dalam penyebaran maklumat palsu itu.

Melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PERKESO sememangnya menawarkan faedah kepada Orang Berinsuran yang kehilangan pekerjaan. Bagi Orang Berinsurans yang kehilangan pekerjaan, mereka boleh memohon faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan daripada SIP. Faedah berbentuk kewangan termasuk Elaun Mencari Pekerjaan, Elaun Pendapatan Berkurangan, Yuran Latihan, Elaun Latihan dan Elaun Bekerja Semula Awal.
SUMBER:


Facebook Rasmi PERKESO

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED