Ahli Parlimen Lubuk Antu dan Bukit Gantang sertai BERSATU
Jun 6, 2020
BERITA RTM
Tambat@Jugah Anak Muyang menyerahkan borang menjadi ahli Bersatu kepada Muhyiddin Yassin
PPBM melalui satu hantaran di laman Facebook berkata, perjumpaan tersebut bagi menyampaikan aku janji menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menyerahkan borang keahlian bagi menyertai parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Semalam, Jugah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat bebas.
Beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU14) sebelum kemudiannya menyertai PKR.
Sementara Syed Abu Hussin sebelum ini merupakan ahli parlimen Bebas.