Translate

04 June 2020

Khabar angin MPT Bersatu bincang sertai UMNO malam ini




Jun 4, 2020 19:32 MYT
ASTRO AWANI

Mesyuarat MPT Bersatu juga akan berbincang kaedah untuk parti kembali ke pangkuan UMNO.

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan mesyuarat malam ini di Pertubuhan Alumni Universiti Malaya.

Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.

Namun, jemputan mesyuarat itu tidak menyenaraikan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Bagaimanapun salah seorang anggota MPT Bersatu, Datuk A Kadir Jasin menolak jemputan untuk hadir mesyuarat malam ini,

Beliau menegaskan hanya pengerusi parti Dr Mahathir yang boleh memanggil mesyuarat itu diadakan.
"Saya membantah dengan sekeras-kerasnya pemanggilan Mesyuarat MPT melalui notis 2 Jun 2020 dan pengadaan mesyuarat tersebut pada 4 Jun 2020 kerana tidak menurut peraturan dan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Mesyuarat ini tidak boleh dipanggil oleh presiden kerana pada pendapat saya Pengerusi (Bersatu), Dr Mahathir Mohamad, masih sah keahlian dan jawatannya sebagai pengerusi," katanya dalam satu kenyataan.

Portal The Malaysian Insight melaporkan mesyuarat MPT Bersatu malam ini dijangka memuktamadkan penyingkiran Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya.

Laporan yang memetik sumber itu mendedahkan mesyuarat itu akan membincangkan kaedah untuk Bersatu kembali ke pangkuan UMNO.

“Walaupun tiada agenda mesyuarat malam ini dihantar, kami menjangkakan perkara ini (pengesahan Dr Mahathir disingkir).

“Muhyiddin Yassin perlu memuktamadkan pemecatan dan mengesahkannya melalui MPT. Kerana itulah ahli MPT yang sepakat dengan Dr Mahathir juga disingkirkan hari ini,” kata sumber tersebut kepada The Malaysian Insight.

Sebelum ini, terdapat laporan bahawa pemimpin Bersatu mengadakan perbincangan dengan pemimpin UMNO untuk kembali menyertai parti itu.

Laporan menyebut yang Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terbuka kepada cadangan membenarkan Muhyiddin terus menjadi perdana menteri sekiranya Bersatu

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED