Translate

21 June 2020

Gaduh rebut tapak perniagaan, polis buru lima lelaki

Afiezy Azaman, Astro Awani | 
Jun 21, 2020 20:00 +08 | 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian berlaku pada 6.11 petang Sabtu. - Bernama



KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu lima lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di tapak perniagaan berhampiran Surau Al-Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku 6.11 petang, pada Sabtu.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa diserang sekumpulan lelaki semasa berniaga buah-buahan berhampiran surau tersebut.

"Suspek bertindak memukul mangsa menggunakan tangan dan membaling buah durian ke arah mangsa selain merosakkan tapak perniagaan milik mangsa.
"Punca kejadian adalah disebabkan perebutan tapak perniagaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Sehubungan itu, Mohd Zaid berkata, polis sedang mengesan lima individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Seorang daripada individu yang diburu dikenali dengan nama panggilan 'Joe' yang berniaga berhampiran dengan surau berkenaan.

"Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, boleh menghubungi mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Suresh di talian 017-4333795 @ 03-89114222," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323, 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 17 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Dera Anak Guna Pisau Panas, Ibu Tiri Dipenjara 24 ' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 30 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Srengseng viewed 'Isu kenaikan ETAP petugas kesihatan dijangka dimuk' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tindakan lanjut sele' 5 hrs 37 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tindakan lanjut sele' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Tindakan lanjut sele' 5 hrs 44 mins ago