RMP TV Channel
BERIKUTAN KES MEMUATNAIK KENYATAAN KHIANAT AWAM DAN FITNAH TERHADAP PDRM DI LAMAN TWITTER MY WATCH, SEORANG AKTIVIS NGO DATO' SRI SANJEEVAN A/L RAMAKRISHNAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SEKSYEN 10, JALAN DUTA HARI INI.
BELIAU DIDAKWA MEMUATNAIK KENYATAAN BERUNSUR FITNAH KEPADA KETUA KOMUNIKASI KORPORAT PDRM PADA 7 APRIL 2020 DAN PADA 17 MEI 2020 SATU LAGI KENYATAN DIMUAT NAIK DENGAN MENGATAKAN PDRM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERSIHKAN REKOD JENAYAH DENGAN BAYARAN TERTENTU.
SUSPEK TELAH DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 506 KANUN KESEKSAAN, SEKSYEN 500 KANUN KESEKSAAN, SEKSYEN 505 B KANUN KESEKSAAN, SEKSYEN 230 A KANUN KESEKSAAN DAN SEKSYEN 233 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. KERTAS SIASATAN TELAH DIRUJUK KEPADA KETUA BAHAGIAN PENDAKWAAN PEGUAM NEGARA DAN MENDAPAT ARAHAN TUDUH DI BAWAH SEKSYEN 233 AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
PERTUDUHAN TELAH DIBUAT DI HADAPAN YA HAKIM AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN . TERTUDUH MENGAKU TIDAK BERSALAH KE ATAS KEDUA- DUA PERTUDUHAN TERSEBUT DAN MINTA UNTUK DIBICARAKAN.
MAHKAMAH MEMBENARKAN TERTUDUH DIIKAT JAMIN SEBANYAK RM 10,000 DENGAN SEORANG PENJAMIN BAGI SEMUA PERTUDUHAN DAN MENETAPKAN 23 JULAI 2020 BAGI SEBUTAN SEMULA KES.
ORANG RAMAI DINASIHATKAN AGAR LEBIH BERHATI-HATI DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL DAN TIDAK MEMBUAT KENYATAAN-KENYATAAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA KEGUSARAN MASYARAKAT.
PDRM TIDAK AKAN BERKOMPROMI KEATAS MANA-MANA PIHAK YANG DENGAN SENGAJA MENCUBA MENGANGGU-GUGAT KEAMANAN NEGARA. SAMA-SAMA KITA MEMBANTERAS JENAYAH. KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI.