Translate

26 January 2020

Tun Dr Mahathir Mohamad & Mukhriz kekal sebagai ketua bahagian PPBMselepas menang tanpa bertanding


Dr M, Mukhriz menang tanpa bertanding ketua bahagian PPBM
Bernama
-January 26, 2020 8:07 PM

Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengekal jawatannya sebagai ketua bahagian PPBM Langkawi selepas diumumkan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Setiausaha Badan Pimpinan PPBM Kedah A Aziz Mahamod berkata sesi pencalonan untuk pemilihan parti, hari ini menyaksikan tiada individu lain yang mengemukakan borang untuk mencabar Mahathir yang juga pengerusi PPBM.

A Aziz juga mengumumkan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir mengekalkan jawatannya sebagai ketua bahagian PPBM Jerlun apabila turut tidak dicabar.

“Kita ada 15 bahagian di Kedah dan daripada jumlah itu 5 bahagian tidak dicabar (untuk jawatan ketua bahagian) iaitu Langkawi, Jerlun, Alor Setar, Pendang dan Kulim manakala bahagian lain wujud saingan yang membabitkan pertembungan 2 hingga 5 calon.





“Enam bahagian mencatatkan saingan 1 lawan 1 dan paling menarik ialah di Kubang Pasu menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah dicabar bekas setiausaha PPBM Kubang Pasu, Mohd Nasir Jamaludin bagi jawatan ketua bahagian Kubang Pasu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya, pemilihan bagi jawatan ketua bahagian PPBM Merbok pula mencatatkan jumlah calon teramai apabila penyandangnya, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid bakal dicabar 4 calon lain.

Sementara itu, A Aziz berkata pihaknya berpuas hati dengan proses penamaan calon hari ini yang berlangsung dalam keadaan tenang dan lancar bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.

“Proses hari ini berjalan dalam keadaan aman dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan saya harap kelancaran ini dapat diteruskan pada proses berkempen nanti yang dijangka memakan masa 2 minggu,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED