Translate

24 January 2020

Ketika ujian memandu, Tiada lagi pegawai JPJ sebelah calon


Tiada lagi pegawai JPJ sebelah calon ketika ujian memandu

Sinar Harian | Januari 23, 2020 12:55 MYT
ASTRO AWANI


Pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.

"Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon," katanya.

Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.
"Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan," katanya.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.

"Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di sini hari ini.

Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama.

"Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman.

"JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 5 hrs 55 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 7 hrs 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 7 hrs 10 mins ago