Translate

30 January 2020

CoronaVirus: 8th positive case in Malaysia confirmed on Thursday (Jan 30) in Johor Baru, All Chinese Nationals







Coronavirus: Eighth positive case in M'sia confirmed Thursday (Jan 30)

THE STAR

Thursday, 30 Jan 20201:20 PM MYT








KUALA LUMPUR (Bernama): One more novel coronavirus case was confirmed Thursday (Jan 30), bringing the total number of infections in Malaysia to eight.

Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said all eight cases comprise Chinese nationals.


The eighth case is a 49-year-old woman who has been admitted to an isolation ward in Hospital Permai, Johor Baru, and is reported to be in stable condition, Dr Noor Hisham said in a statement Thursday.- BernamaSatu lagi kes positif koronavirus baharu dikesan

MyMetro
Utama
Share Tweet



ORANG ramai memakai penutup muka sebagai langkah berjaga-jaga. FOTO Reuters

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
HARIAN METRO





SATU lagi kes positif koronavirus baharu membabitkan seorang wanita warga China dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita terbabit adalah isteri kepada lelaki warga China yang dilaporkan positif wabak sama sebelum ini.


Menurutnya, perkembangan terbaru ini menjadi lapan kes membabitkan koronavirus baharu dilaporkan di Malaysia dan semuanya membabitkan warga China.


“Kes terbaru ini adalah warganegara China berusia 49 tahun yang dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai, Johor dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Dari 10 Januari sehingga semalam, jumlah kumulatif kes pesakit di bawah pemantauan (PUI) adalah 89 orang dengan 44 orang adalah

warganegara Malaysia, 42 orang warga China dan masing-masing satu (1) warga Jordan, Brazil dan Thailand.

“Tiga kes PUI sudah disahkan positif koronavirus baharu dan dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Permai (dua orang) dan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi (seorang). Manakala 81 kes PUI adalah negatif dan lima kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 32 orang kontak rapat kepada kes positif sudah dikenal pasti dan diletakkan mengikut Perintah Pemantauan dan Pengasingan serta dipantau rapi oleh KKM.

Katanya, daripada jumlah ini, lima kes daripada kontak rapat ini disahkan positif dan dimasukkan ke wad isolasi masing-masing empat di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Permai dan berada dalam keadaan stabil.

“Ujian makmal ke atas 27 kontak rapat lagi adalah didapati negatif jangkitan. KKM sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap wabak penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik.

Tambahnya, kapasiti dan keupayaan sedia ada dipertingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan kronavirus baharu ini seperti yang

dimaklumkan sebelum ini selain memantapkan aktiviti pengesanan kes yang disyaki.

Menurutnya, KKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bekerjasama mengenal pasti pelajar atau pensyarah yang pulang

bercuti dari negara China dan akan diletakkan di bawah pemantauan di rumah dan diberikan Kad Amaran Kesihatan sekiranya dikenal pasti.


Lagi berita berkaitan Koronavirus


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 1:24 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED