Translate

26 January 2020

Lelaki China yang cuba memanjat dinding cermin di Lapangan Terbang Senai di dalam video tular, adalah yang sama ditahan malam sabtu


Lelaki warga China mengamuk ketika ditahan di Senai

Fareez Azman, Astro Awani | Januari 26, 2020 18:13 MYT
ASTRO AWANI


Sebuah video tular di laman sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai warganegara China cuba memanjat dinding cermin di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada Ahad. Gambar: Twitter @CVO_II




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warganegara China yang cuba memanjat dinding cermin di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru pada Ahad, seperti dalam sebuah video tular di laman sosial merupakan lelaki yang sama ditahan pihak polis pada malam Sabtu.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai, Deputi Superintendan Yusof Othman ketika dihubungi Astro AWANI.
"Itu lelaki yang ditahan pada 9.20 malam Sabtu, anggota polis diketuai Ketua Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dihantar ke lokasi kejadian.

"Lelaki itu tidak berpuas hati, apabila beliau dan anaknya tidak dibenarkan menaiki kapal terbang untuk berlepas ke China," katanya.

Lelaki berkenaan dan anaknya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dikuarantin dan diberikan rawatan.


Video berdurasi 25 saat yang di muat naik di akaun Twitter @CVO_II itu, memaparkan seorang lelaki berbaju putih cuba memanjat dinding cermin pengasingan.

Dalam video itu, lelaki berkenaan turut bertutur dengan bahasa China dan menunjukkan sekeping kertas kepada para petugas lapangan terbang.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dikatakan membawa lari anaknya daripada dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, selepas pihak perubatan mendapati anaknya mempunyai simptom influenza seperti demam dan batuk.

Bagaimanapun tindakannya itu, memaksa salah seorang petugas di hospital berkenaan membuat laporan polis sebelum tangkapan dilakukan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Komunikasi sasar 7,000 usahawan NADIpr' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Khazanah batal rumah terbu' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump Ulangi Hasrat Untuk Rampas Gaza | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 56 mins ago
A visitor from Visakhapatnam viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 59 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Kementerian Komunikasi sasar 7,000 usahawan NADIpr' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERJUANGAN ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI B' 1 hr 6 mins ago