Translate

01 January 2020

SINDIKET JUAL BARANGAN TIRUAN YANG TERLETAK DALAM DI SEBUAH HOTEL AKHIRNYA DIGEMPUR KPDNHEP




MKL Crimedesk

KEGIATAN SATU SINDIKET JUAL BARANGAN TIRUAN YANG TERLETAK DALAM SALAH SEBUAH UNIT KEDAI DI SEBUAH HOTEL AKHIRNYA DIGEMPUR KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMALAM.

TAKTIK LICIK KONONNYA UNTUK ELAK DIKESAN PIHAK BERKUASA ITU TIDAK MENJADI APABILA WAKIL CAP DAGANG MEMBUAT ADUAN.

BUKTINYA 890 UNIT BAJU DAN AKSESORI PELBAGAI JENAMA TERKENAL BERNILAI HAMPIR SEJUTA RINGGIT DIRAMPAS.

KETUA SEKSYEN SIASATAN BAHAGIAN KUATKUASA KPDNHEP KUALA LUMPUR, SHAMSUL NIZAM KHALIL BERKATA PREMIS ITU DIJAGA SEORANG LELAKI WARGA IRAN, DIBANTU SEORANG WANITA TEMPATAN.

..SIASATAN PIHAK BERKUASA MENDAPATI SUSPEK SERING BERTUKAR DARI SATU HOTEL KE HOTEL YANG LAIN UNTUK MENJALANKAN PERNIAGAAN.

SUSPEK JUGA MELAKUKAN PROMOSI MELALUI LAMAN SOSIAL FACEBOOK DAN MENGIKLANKAN BARANGAN DIJUAL DENGAN HARGA RUNTUH DAN WANG DIJAMIN DIPULANGKAN ATAU MONEY BACK GUARANTEE JIKA PELANGGAN TIDAK BERPUAS HATI.

HARGA JUALAN ANTARA 399 HINGGA 799 RINGGIT SEUNIT.

ANTARA JENAMA YANG DITEMUI BALENCIAGA, LOUIS VUITTON, VERSACE, DIOR, BURBERRY, GUCCI, CHANEL, NIKE DAN TOMMY HILFIGER.

KES DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 102(1) AKTA CAP DAGANG 2019 KERANA MENGIMPORT ATAU MENJUAL BARANG-BARANG YANG CAP DAGANGAN DIPAKAIKAN DENGAN SALAH.

SABIT KESALAHAN BOLEH DIKENAKAN DENDA DAN PENJARA.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED